Thursday, 10 July 2014

Dasar pecah dan perintah (pengenalan)

·         Kerajaan kolonial British telah mentadbir tanah melayu berdasarkan system ‘Pecah dan Perintah’ yang merupakan satu kaedah imperialisme penjajah di tanah melayu.
·         Dasar ini telah mentadbir orang-orang melayu dan imigran secara berasingan.
·         Penduduk tanah melayu yang terdiri daripada kaum melayu cina dan india telah ditempatkan berdasarkan kepentingan ekonomi iaitu orang melayu di kampong,orang cina di Bandar dan orang india di ladang getah.


 Sistem pendidikan zaman british

·         Sistem pendidikan zaman british di tanah melayu juga berdasarkan kepada kepentingan iaitu sekolah vernacular melayu untuk orang-orang melayu,sekolah vernacular cina untuk orang-orang cina,sekolah vernacular tamil untuk orang-orang India dan sekolah Inggeris untuk anak-anak aristrokrat(elit) melayu.

Pendudukan Jepun

·         Setelah British,Jepun pula telah mentadbir tanah melayu dari tahun 1942 hingga 1945.
·         Akibat kekejaman pemerintahan jepun di tanah melayu menyebabkan rakyat menderita dan berpecah belah.

Peristiwa 13 mei

·         Akibat tidak keseimbangan ekonomi di kalangan penduduk di tanah melayu maka wujudnya peristiwa pertumpahan darah/rusuhan kaum yan mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia.

Isu agama dan budaya(trend terkini)
                            
·         Terdapat beberapa isu semasa yang berkaitan dengan agama dan budaya di Malaysia seperti keputusan cabinet untuk membiarkan anak kekal dalam agama masing-masing walaupun ibubapanya telah memeluk islam.Penggunaan nama allah bagi penganut Kristian,orang bukan islam membaca ayat al-quran dan isu Bahasa melayu untuk pengajaran sains dan matematik.

Kepentingan perpaduan kaum

·    Mewujudkan masyarakat yang harmoni = Rakyat Malaysia berbilang kaum iaitu melayu,cina dan indian.Agama bebeza,budaya berbeza mempunyai aspirasi yang sama menyebabkan wujudnya perpaduan kaum.
·    Membangunkan ekonomi Negara = Dengan terjalinnya perpaduan kaum industri pelancongan berkembang di Negara kita dan ia dapat memajukan ekonomi Negara kita.
·    Rakyat bersatu padu Negara akan aman.Sekiranya rakyat bersatu padu dan tidak bergaduh sesame sendiri maka wujudlah masyarakat yang bersatu padu dan ini meningkatkan keamanan Negara.
·    Perpaduan kaum akan menaikkan imej Negara di mata dunia.


Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

·         Akibat tidak keseimbangan ekonomi di kalangan penduduk di tanah melayu maka wujudnya harta benda dan ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara Malaysia.
·         Sistem pendidikan zaman british di tanah melayu juga berdasarkan kepada kepentingan iaitu sekolah vernacular melayu untuk orang-orang melayu,sekolah vernacular cina untuk orang-orang cina,sekolah vernacular tamil untuk orang-orang india dan sekolah inggeris unutk anak-anak aristrokrat(elit) melayu.
·         Zaman penjajahan system vernacular berdasarkan kaum.Selepas kemerdekaan timbul keinginan untuk mewujudkan satu system pendidikan kebangsaan untuk mengantikan system pendidikan penjajah.Contohnya melalui penyata razak 1956,laporan Rahman talib(akta pelajaran 1961),wujud sebuah jawatan kuasa cabinet tahun 1974 untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin.


Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum

·         Kewujudan pelbagai aliran sekolah = Pada zaman penjajahan dasar pendidikan berteraskan pendidikan inggeris yang mengajar matapelajaran dalam Bahasa inggeris.Selepas merdeka 1957,dasar pendidikan digubal untuk mencapai matlamat perpaduan nasional demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk.

     Parti politik berasaskan kaum = Sejak merdeka,parti politik berasakan kaum memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing tanpa menindas,membenci ataupun menyakiti kaum lain.Contohnya,Barisan nasional adalah parti politik yang mempunyai gabungan parti politik seperti UMNO,MCA,MIC dan sebagainya dibawah konsep persefahaman di kalangan pelbagai kaum di Malaysia. 

·        Penyalahgunaan media social = Kesannya,media social memudahkan kita berkomunikasi dengan lebih ramai orang disamping berkongsi maklumat terkini dan mengeratkan hubungan sedia ada.Pengguna media social mempunyai tanggungjawab bersama memastikan artikel yang dkeluarkan tidak bercanggah dengan konsep perpaduan kaum di Malaysia.Contonya,isu sensitive perlu dielakkan.

·         Kesan dasar penjajahan british = Dari segi ekonomi,penjajahan british telah menyebabkan ekonomi Negara tidak diagihkan sama rata kepada semua kaum.Kesannya,wujudnya jurang perbezaan ekonomi yang ketara di kalangan kaum melayu cina dan india.Dari segi social pula,imigran cina dan india dibawa masuk ke tanah melayu menyebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum di tanah melayu.Dari segi pendidikan pula,wujud system pendidikan vernacular di tanah melayu yang menggunakan Bahasa ibunda masing-masing sebagai Bahasa pengantar.

Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

·         Langkah kerajaan: Program Latihan Khidmat Negara.Program ini dapat memupuk semangat patrotisme di kalangan rakyat berbilang kaum.Aktivti yang dilakukan melibatkan semua kaum.
·         Gagasan 1Malaysia: Ia mampu memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang menjurus kepada menghormati pengangan dan kepercayaan kaum lain di Negara ini.
·         Gotong-royong: Aktiviti gotong-royong boleh dijalankan di peringkat sekolah dan di taman-taman perumahan.Ini dapat merapatkan lagi tali silaturahim tanpa mengira agama,bangsa mahupun warna kulit dan ini dapat menggelakkan perpecahan kaum.(Peroaduan kaum tercapai)
·         Program RIMUP: boleh diadakan dimana aktivitinya dijalankan yang melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan latar belakang.
·         Sambutan perayaan:Menziarahi rumah terbuka ketika musim perayaan tanpa mengira agama dan bangsa.Ini menyebakan kita dapat memahami lebih mendalam tentang perayaan kaum lain di Negara kita.Sambutan bersama pelbagai perayaan memberi laluan kepada kita supaya kita memahami dan meghormati perayaan kaum lain di Negara kita

Rumusan

·         Pengetahuan yang saya peroleh daripada rencana ini adalah kemanan dan kesejahteraan Negara terjamin dengan adanya perpaduan kaum.
·         Iktibarnya adalah masyarakat di Negara Malaysia haruslah bersatu padu,bertolak ansur serta hormat-menghormati antara satu sama anggota masyarakat.

Harapan

·         Saya berharap agar masyarakat sentiasa mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan dan masyarakat tidak terpengaruh dengan anasir luar yang boleh mengancam kesejahteraan Negara.Selain itu,masyarakat haruslah menghargai jasa tokoh yang mengorbankan nyawa mereka demi ketenteraman Negara.















































































































No comments:

Post a Comment